entriesaboutchatlinks

Monday, 26 October 2015
All the best @04:15



Assalamualikum n hye. So, today aku masih lagi orang yang sama yang update for the last two entry sebelum ni. Aku ingatkan tak nak update apa2 tapi waktu aku tengah mandi tadi tetiba rasa nak kongsikan aku punya perasaan kat dalam blog ni. Okey, SPM berbaki 6 hari sahaja lagi n lepas ni kehidupan kitorang pelajar2 SPM semuanyan berkisahkan buku. Walaupun aku tak berapa yakin yang aku boleh dapatkan straight A tapi aku cuba gagahkan diri untuk fikir yang aku berkemampuan untuk dapatkan salah satu impian aku tu , which is STRAIGHT A'S IN SPM. Insyallah nothing impossible..

Bila fikirkan semua tu tetiba aku rasa macam tak sabar nak habiskan SPM but at the same time aku rasa sebak kat hati aku. Kitorang berkemungkinan habis SPM pada 30 November yang mana biology as our last paper then lepas tu kitorang semua free daripada zaman persekolahan accept for those yang ada niat nak masuk STPM lah..Ya Allah tetiba rasa nak nangis. Nampak tak, aku ni jenis emotional, mudah mengalirkan air mata. Tadi pun waktu physic disebabkan kitorang lepas ni dah tak ada subjek physic dalam jadual kelas kitorang, cikgu physic kitorang pun bagi pesanan akhir yerlah next week dah SPM. Sejujurnya memang aku rasa sebak dalam hati aku tapi aku try sembunyikan, nanti takut dikatakn BERIYA..hehehhe

Banyak kenangan yang dah terlakar dalam kehidupana aku sepanjang aku bersekolah kata sekolah tu. Sejak dari form 1 hingga form 5, aku habiskan waktu2 remaja aku kat sana. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang gembira dan ada juga yang duka. Senang kata aku banyak tau pasal kehidupan kat dunia ni waktu zaman pesekolahan aku. Erti persahabatan, kerjasama, kasih sayang, and yang lain2 tu semuanya aku dapat belajar dari sekolah tu n aku sangat bersyukur sebab sepanjang aku bersekolah ni aku deberikan kesempatan untuk berkenalan dan berjumpa dengan orang2 yang sangat baik. Orang2 yang buatkan hari perskolahan aku bertamabah menarik. Terima kasih Ya Allah sebab engkau telah mendatangkan aku dengan hamba hambamu yang dapat menjadikan aku seorang insan yang lebih bersyukur terhadap pemberianmu. Harapnya lepas ni orang2 yang baik sahaja yan hadir dalam kehidupan aku n begitu juga teman2 ku..Amin..

Bila cakap pasal persahabatan, terlalu banyak yang nak dikongsikan sampaikan tak tahu yang mana satu aku patut mulakan dulu. Aku ada seorang sahabat yang aku selalu selesa untuk kongsikan kisah hidup aku , dua kumpulan sahabat yang selalu buat aku gembira n seorang lagi sahabat yang selalu tolong aku sepanjang zaman persekolahan aku. Aku sangat2 berterima kasih sebab kalau diorang tak ada mungkin zaman persekolahn aku akan jadi hambar. Kitorang kalau tengok dari luaran jenis yang macam kaki buku tapi kitorang sebenarnya ada cara kitorang sendiri untuk bergembira. Syaratnya as easy as ABC which is kitorang buat dunia macam kitorang sahaja penghuniya, laugh as much as we want n dont care what other people said. Bak kata salah sorang kawan aku kalau kita terlalu fikirkan sangat apa orang cakap, susah kita nak bahagia becas this is our life n our life is our rule. N yeah, macam tulah kitorang dapatkan kebahagiaan..Belajar tetap belajar tapi keseronokan tu pun menjadi sala satu elemen penting dalam membina sebuah kehidupan yang gembira..

Lepas ni SPM memasing dah ada life sendiri. Yerrlah eventhough kitorang still boleh contact each other trough whatsapp or line or any other medium tapi pada aku bila kita berjumpa depan2 lagi best. Lepas SPM memasing dah mula fikir nak sambung belajar kat mana dalam usaha nak capai cita2. Mama nak jadi doktor haiwan, angah n ucu n libatkan diri dalam art n aku sendiri kalau boleh nak jadi pakar psychologist or businesswoman or caunselor. Insyallah ya Allah engkau berikanlah kami berempat kemudahan dalam menggapai impian dan cita2 kami Ya Allah. Tapi fokus utama kitorang sekarang ni nak pastikan kitorang berempat dapat berdiri kat atas pentas sesama ambil keputusan SPM kitorang yang cemerlang. Walaupon perkara sebegitu aku tak yakin boleh tercapi ke tak tapi siapa tahu rezeki tetiba kan. Lainlah bagi budak lagi tiga orang tu. Insyallah batch 98 mampu membuat satu lagi sejarah baru untuk sekoah kitorang macam waktu kitorang PMR dulu.

Dah maghrib bermakna aku kena berhenti setakat ni. Apa pon aku sayang korang bertiga n dua orang lagi kawan aku yang tak ada dalam group ni. Hopefully all the best for all for us. Thanks because you guys come into my life n make my day as bright as sunlight everyday.All the best for Spm and hopefully we will get our SPM result with flying colour. Assalamualikum.

~X0X0~