entriesaboutchatlinks

Thursday, 3 December 2015
ciNta ? @07:33

Loving can hurt,
loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard, 
you know it can get hard sometimes
It's the only thing that makes us feel alive

Orang kata cinta tu menyakitkan, tapi aku pelik kenapa orang masih memerlukan cinta walaupun dia tahu yang cinta tu memedihkan. Kenapa manusia masih jatuh cinta walaupun dia tau yang dia mungkin akan melukakan hati dia sendiri.Kenapa manusia saling jatuh cinta? Kenapa cinta perlu wujud? Yeah, benda tu tetiba muncul dalam fikiran aku bila aku dengar lagu photograph by ed sheeran.

Pada aku definasi cinta tu terlalu luas. Memang tak dapat dinafikan cinta tu memang menyakitkan, buatkan manusia menangis n buatkan sesetengah orang tu putus harapan dalam hidup. Tapi cinta juga buatkan seseorang tu untuk menemui sinar baru dalam hidup mereka, buatkan kita rasa dihargai, buatkan kita sanggup buat apa sahaja n macam dalam lirik lagu photogrph, buatkan kita rasa hidup. Ramai orang fikir bila cakap pasal cinta jer mesti mereka sangka berkaitan tarikan lelaki n perempuan. Tapi, sebenarnya cinta ni pun boleh berlaku dalam kalangan ahli keluarga n kawan2.

Cuba kita fikir bila kita tengah gembira bergelak ketawa dengan keluarga mahupun kawan2, apa yang buatkan kita rasa bahagia? Apa yang buatkan kita rasa nak kongsi kita punya kebahagian dengan orang lain? Ramai manusia tak sedar yang semua tu berlaku atas sebab cinta. Manusia hanya sedar kehadiran mereka ni bila salah seorang daripada mereka dah tak ada. Well, manusia hanya menghargai benda yang lepas sahaja n sebab tu lah lately kita banyak dengar pasal kes bunuh diri bagai. Kenapa benda ni semua berlaku? Pada sudut pandangan aku maybe dia tak menghargai orang yang masih  bersedia bantu untuk dia bangun semula lepas apa yang dah berlaku dalam hidup dia. Aku pun tak berani nak cakap banyak2 pasal kes2 macam ni sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam hidup kita pada masa hadapan. Semua tu dah tertulis di LUH MAHFUZ n kita pun sebagai umat islam yang ada iman berdoalah moga2 perkara2 yang baik2 sahaja berlaku ke atas kehidupan kita.