entriesaboutchatlinks

Tuesday, 22 December 2015
Past @10:57



Secara dasarnya, tumbesaran manusia di cabangkan kepada lima iaitu peringkat awal, zaman kanak2, peringkat remaja , peringkat dewasa dan usia tua. Setiap fasa tumbesaran yang kita alami pasti akan menunjukkan perubahan sama ada dari segi fizikal, mental dan emotional. Kalau kita lihat dan perhatikan putaran kehidupan manusia dari saat pertama kali kita menjejakkan kaki ke dunia ni sehinggalah nyawa kita ditarik oleh maha pencipta , kita pasti akan dapat lihat bertapa kehidupan manusia ini diselubungi dengan pelbagai warna yang sentiasa menjadikan kita seorang manusia yang lebih matang dan menghargai apa yang kita miliki.

Dalam banyak2 fasa tumbesaran yang dialami oleh manusia, peringkat awal dan zaman kanak2 adalah satu perkara yang paling diingati dan meniggalkan sebuah kenangan yang paling ingin dikenang oleh kebanyakan daripada kita. Bila di imbas semula waktu zaman kecil2 aku masih ingat lagi suasana meriah dan riuh yang datang dari halaman rumah aku terutama sekali pada musin cuti. Kami bermain dengan gembiranya tanpa memikirkan apa yang bakal kami lalui pada keesokan hari. Kami bermain sehingga lewat senja tanpa rasa takut dimarahi ibu bapa kami kerana pulang ke rumah sehinnga azan maghrib berkumandang. Kami bermain sepuas hati sehinggakan baju kami berlubang akibat terkena bunga api mahupun basah lencun dan kotor akibat bermain dengan lumpuh. Alangkah indahnya masa lalu bila dikenang sehinggakan kenkadang aku teringin untuk kembali ke masa lalu dan menikmati zaman itu dengan sepuasnya. Tapi kenangan lalu itu terlalu jauh untuk digapai dan yang tinggal hanyalah masa hadapan. Tak semestinya apa yang kita suka dan kita sayang pada masa lalu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin akan ada yang lebih baik untuk kita yang Allah dah takdirkan pada masa hadapan. Just let go the past and try to remember that we might love the past until we dont want to let it escape from our mind but someday we still need to let it go because we need to keep moving forward for our dreams. Let the past stay be as a past. And one more thing, dont hate someone too much because someone that you hate maybe have give you some good memories in your life eventhough it is just as small as an atom.

( 2.53 a.m )