Wednesday, 13 January 2016
OPINION @08:14
Asalammualaikum,,, hari ni aku nak meluahkan pandangan aku mengenai bab kahwin.
Tadi waktu aku tengah scroll fb or twitter punya news feed, tetiba aku ada terbaca satu artikel fakta yang mengatakan sebanayak 159 pasangan islam yang bercerai pada setiap hari. Seriously, SERATUS LIMA PULUH SEMBILAN PASANGAN ! Bila aku terbaca pasal fakta macam tu tetiba aku rasa macam takut nak kahwin , And tak taulah kat surat khabar mana, n bila disiarkan, ada buat short list antara sebab2 pasangan yang berkenaan bercerai. Firstly, sebab bontot si isteri menggerutu, secondly sebab pasangan lambat serve makanan then pasangan selalu buat kotor kat dalam kereta jenis yang something like keretalah n kebanyakan pasal seks. Memangnya sebuah perkahwinan tu hanya berlandaskan seks semata-mata ke? Okeylah, maybe aku ni jenis yang tak layak nak cerita pasal perkahwinan sebab aku pon belum kahwin, jangan kata kahwin, boyfriend pon tak ada lagi tapi, pada pandangan akulah, bukan ke bila kita nak kahwin dengan seseorang bererti kita dah terima segala baik buruk pasangan kita tu, kita rasa antara diri kita n pasangan kita tu boleh dijadikan sebagai sahabat karib yang sedia ada disisi tak kira susah or senang, yang boleh capai kata sepakat antara satu sama lain n yang kenal hati budi masing2? Dan pada aku sebuah perkahwinan bukan hanya berlandaskan pada tarikan seks semata-mata, pada aku ianya lebih kepada sanggup terima diri pasangan kita seadanya n always be there for us during storm or sunny day. Memang seriously, sejak dari aku form 3 lagi aku rasa macam takut dengan alam perkhawinan lelagi bila kita dapat baca penderaan terhadap kaum wanita lately semakin meningkat which pernah sampai satu tahap aku ada cita2 nak jadi menteri kementerian wanita, biar aku dapat bela wanita2 yang telah dipergunakan oleh sang lelaki yang berhatikan binatang ! Unfortunately my family against my ambition sebab katanya nanti terjebak dengan dunia politik yang agak tercemar di Malaysia ni so, akupon terpaksalah lupakan impian aku tu..Well family always come first for me. Okey berbalik pada cerita tadi, bila aku baca semula entry aku yang kat atas tu, nampak macam aku ni jemis yang anti lelaki. No ! Aku tak benci lelaki, aku pon sebenarnya adalah juga angan2 aku untuk berkeluarga, ada suami yang setia penyabar penyayang n bertanggungjawab, anak2 yang soleh solehah, keluarga mentua yang kita boleh jadikan sebagai family sendiri n ipar duai yang kita boleh jadikan sebagai kawan rapat. Conclusion nyer aku mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia n pastinya semua orang berimpian yang sama macam aku tapi, jalan untuk menuju kebahagiaan bagi setiapa orang adalah berbeza. Ada yang senang dan ada juga yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan hanya untuk mencari sebuah perkataan yang bernama kehidupan dalam hidup diorang.
Berbalik pada pandangan aku pada insan yang bernama lelaki. Macam, pandangan lelaki pada perempuan yang dilabel sebagai complicated, itulah juga pandangan aku pada lelaki. Perempuan hanya complicated pada emosi yang sentiasa berubah sepanjang masa tapi lelaki ni dia lebih complicated pada perangai diorang. Aku ada terbaca satu luahan seorang insan yang bernama isteri yang mana dia ceritakan pasal pengalaman dia berkahwin dengan suami dia n pada akhir kata dia nasihat "kebanyakan seorang isteri sanggup berada disisi suami di kala susah dan senang tetapi seorang suami akan mudah melupakan sorang isteri apabila mereka telah meggapai kejayaan/kekayaan" . Entahlah, rasa macam serabut pula aku pikir pasal benda ni. Doa jerlah mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita. Tapi yang penting girls, peringatan untuk korang termasuk diri aku dan cuba sematkan dalam kepala, never trust man ! Biar kita dianggap sombong bagi menjaga maruah tapi jangan jual terlalu murah sebab takut dipergunakan. Ya Allah, engkau lindungilah diri aku daripada perkara2 yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada kehidupan ku, kehidupan keluargaku dan kehidupan orang sekililing ku Ya Allah, kerana sesungghnya hanya kepada engkau sahajalah kami meminta perlindungan. Amin...





