Saturday, 2 April 2016
Error 404! @19:03
Warning! This blog has been hacked! Error 404! Ok, gurau /lol/.
Hai, gais!
Sila appreciate my effort sebab tahu tak betapa payahnya aku nak ingat balik email dengan password blog ni. Thanks a lot guys for your concern /hahaha/. Ok, im giving up sebab aku tenung screen ni dekat 5 minit but satu haprak pon aku tak tahu nak tulis apa. Even dah brainstroming still idea tak nak keluar. What the heck is this?! jadi izinkan saya nak bercerita pasal seseorang sebab tu jek idea yg muncul la ni. #jangan #kecam #saya
Tersebutlah kisah,
Pada tanggal 8.8.1995 bertambahlah new edition dalam keluarga Mr Choi dan tanpa disangka bayi lelaki tu merupakan the last edition for that family /buat sementara jek dulu/. Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan oleh kedua-dua ibu bapanya malahan adik-beradiknya yng lain juga persis kata mutiara bagai ditatang dengan minyak yang penuh. Setelah usia hampir menjangkau remaja barulah jejaka ini sedar akan cita-citanya dan pada waktu dan detik itulah dia mula memasang azam, menjadikan impiannya yg setinggi gunung itu menjadi kenyataan. Tiada perkataan 'putus asa' pun tercatat dalam kamus hidupnya. Walaupon dia dikritik maha hebat, dia tetap terus melangkah mengejar impian. 26.5.2015, yup tarikh keramat pada jejaka itu, tarikh dimana dia sudah berada di atas tangga impiannya. Walhal, aku masih terkapai-kapai mencari kehidupan yang akan datang, ditimbuni dengan buku-buku rujukan dan dia dah BERJAYA. Tamat saja cabaran getir bagi aku dan semua pelajar Malaysia yg seusia dengan aku, SPM, kini tibalah masa utk merehatkan otak buat sementara waktu, setelah digunakan hampir 13 tahun tanpa henti. Yup bulan 12 tahun 2015, aku masih ingat pada bulan tu. Bulan dimana aku tidak lagi digelar pelajar sekolah. Bulan dimana pelajar seusia aku berhasrat ingin merehatkan minda. Bulan dimana aku kenal dia. Bulan dimana aku tahu kewujudan jejaka ini; jejaka yang berjaya mengapai bintang impiannya pada usia yang muda. dan masa itulah aku rasa bagai ditampar hebat, masa itulah aku rasa "yup, he's the one." tapi sayang bukan aku seorang sahaja mahukan perhatian dia, beribu mungkin berjuta gadis lain merebutkan peluang keemasan itu. dan aku, hanyalah sebiji potato yg ditenggelami oleh beribu-ribu rama-rama.
Inilah cerita aku dan dia, alkisah kehidupan aku mengejar dia, Choi Seung Cheol.
Ok, aku tahu korang semua akn puke bila baca benda ni. Buttttttt, tu jek idea aku nak tulis. Anyway, congrats sebab berjaya habiskan bacaan anda. Chow~






